Jumaat, 14 Januari 2011

Komik Suka-suka

Kenapa suka-suka? Sebab korang di beri peluang untuk letak dialog sendiri berdasarkan idea korang sendiri. Sila isi mengikut turutan nombor ok? Contoh:
1. blah blah
2. blah blah dan seterusnya.
Isi kat mana? Isi je dalam ruangan komen tu.. HUHUHU. Ataupun kat forum ni

Perasan tak gambar kawin dorang tu best? Hehehe

Rangka diikat

Mempamerkan, memaparkan, memperlihatkan lagi lukisan baru. Hehehe

Buat Pantulan Pada Gambar

   Kita biasanya buat efek pantulan pada gambar menggunakan beberapa software kan? Contohnya yang paling terkenal tu namanya Adobe Photoshop (korang dah cek ke maksud penuh software ni? pelik kan?). Bha, reflectionmaker.com ni cam lebih kurang software kat internet la yang dapat generate efek pantulan pada gambar korang. Pasal gambar pula, cam biasa ada dua pilihan iaitu sama ada korang nak upload dari komputer ataupun 'copy and paste' link gambar yang korang 'host' dalam internet. Pastu dia ada bagi can kat korang untuk tentukan sendiri peratus pantulan yang korang nak. Gambar yang korang guna pula mestilah bersaiz 200kb ke bawah je. Jadi sapa-sapa yang kurang mahir nak guna perisian edit gambar gunakanlah yang ini 



Aku dan Ehem


Best kan bila dapat awek comel sebagai isteri? Hehehe

Seni Bina (test bakat)

Khamis, 13 Januari 2011

Seloka Pasal Aurat


Cantik Limah cantik lagi Kalsum
Pembuka bicara Assalamualaikum...

Pisang susu berbuah lebat,
Jatuh ke lantai  dialas kain,
Adakah itu menutup aurat,
Pakai tudung tapi nampak yang lain?

Bertudung standard dikatakan lemas,
Bertudung labuh pula dikatakan lemas,
Rambut disikat disangka kemas,
Dah buang tabiat lupa neraka lagi panas?

Surat khabar diikat-ikat,
Tidak diguna kerana dah lama,
Kenapa susah mahu menutup aurat,
Padahal dah jadi suruhan agama.

Ada perempuan ada lelaki,
Bertanggungjawab didik anak dan isteri,
Mereka jalan dedah aurat di sana-sini,
Ingat nanti di neraka lelaki pun kena tarik sekali.

Baju lama eksport ke China,
Daging unta dimasak kari,
Kita manusia semua tak sempurna,
Pandai-pandailah kita mengukur diri.

Khamis, 6 Januari 2011

Si dungu yang berkawan dan bercinta




   Dia seorang lelaki yang tidak bekerja dan kaki perempuan. Kini kononnya telah mendapat cinta sejati yang diidamkannya. Walaupun begitu, sifat kaki perempuannya tidak terhakis, hilang, ditinggalkan walaupun sedikit, malah bertambah kakinya seperti kaki tipu dan kaki hutang. Tiba-tiba, 'gilfiend'nya yang konon baginya ialah sejati akhirnya ditunangkan dengan orang lain. lelaki itu pula berasa hampa akan tindakan ibu bapa gf nya itu (pelik bagaimana dia boleh hampa sedangkan dia kaki perempuan. [padan muka mu situ]).

   Lelaki ini mempunyai dua orang sahabat yang baik. Mereka sentiasa bersama-sama. Namun diri mereka akhirnya dikhianati oleh lelaki tadi kerana dia sering menipu kawan-kawannya untuk meminjamkan duit kepadanya. Dia mengatakan bahawa atas alasan urusan penting. Tetapi, sepandai-pandai ikan berenang, akhirnya lemas juga. Kesemua duit yang dipinjamkan digunakan untuk berlagak kaya di hadapan perempuan-perempuan yang dibodohkannya itu. Mereka meminta itu dan ini dan dibelikan tanpa mengetahui bahawa duit itu merupakan duit kawan-kawan lelaki itu yang setengah mati mereka kumpulkan walaupun hidup dalam keadaan sederhana( lelaki tu pun bodoh juga membelanjakan yang bukan keperluannya dan duitnya dikikis [ bagi wanita pisau cukurlah]). Tidak mahu membayar, lelaki itu memberikan pelbagai alasannya kepada kawan-kawanya. Sekali lagi, kawan-kawannya telah nekad untuk tidak rapat seperti dulu dan mengisytiharkan bahawa dia pembawa sial (pendapat seorang kawannya).


   Selepas beberapa waktu, lelaki ini membawa berita baik (baik untuk dia saja). GF sejatinya telah putus tunang dan mereka kembali bersama (kesian ceweknya kena bodoh2). Adakah sikap gatal, miang kaki perempuannya terpadam? Tidak, malah membara (buruk perangai dia ni). Duit yang dipinjamnya akhirnya kakak lelaki tadi yang membayarkan (kawannya belum cek buku akaunnya lagi [atas alasan tertentu]. Entah sudah bayar atau tidak). Kawan-kawannya sudah "fed up" dan tidak lagi menghubunginya lagi...

   Semoga si dungu itu dikurniakan petunjuk...