Ahad, 6 Februari 2011

Monyet Betina Dan Jantan

monyet female monyet
   Reka bentuk ini sengaja dibuat. Si kecil beli sticker kartun monyet. Jadi terdetik la mahu buat juga untuk dia lihat. Dibuat semasa dia tidur kat belakang saya. Dan dia lihat pula selepas bangun. “Ei…. sama”. Katanya…. : )

Jumaat, 4 Februari 2011

Berus Lukis

  berus warna copy
   Nampak cam 3D kan berus warna ni? Sebenarnya ini tak perlu guna perisian 3D, semuanya adalah lukisan asas sahaja. Bagaimana boleh jadi camni? Guna Magic?.. Uissh, mana ada.. Yang penting adalah pemahaman konsep bayang dan pencahayaan.. Contohnya:
Capture

  1. 1. Bahagian yang cerah adalah part yang terdedah pada cahaya.
  2. 2. Bahagian tengah adalah warna asal kerana tahap dedah cahayanya
  3.     agak kurang.
  4. 3. Yang gelap pula merupakan kawan yang terlindung daripada cahaya.
  5. 4. Bagi gambar di sebelah, kita boleh apply pada objek berbentuk silinder
  6.     sebab yang cerah beransur-ansur menjadi gelap. Maksudnya, kawasan
  7.     pertemuan antara warna coklat dan gelap nampak blur. Ini menunjukkan
  8.     kepada kita bahawa kawasan tersebut berbentuk melengkung.

  9.     Lau x paham ble tanya.. : )

Khamis, 3 Februari 2011

Dinasour

dinasour
   Wau cantiknya.. Hehe, ni salah satu daripada projek cari teknik mewarna baru dalam Adobe Photoshop (projek peribadi sahaja). Dalam ni ada tiga layer warna coklat. ( di ubah menggunakan hue/saturation (klik yang kuning tu pastu keluar pilihan. Pastu pilih la hue/saturation)
Capture
Susunan mengikut layer dari atas ke bawah:
  1. 1.  Lukisan asal ( blend mode: multiply)
  2. 2.  Warna hitam ( apply mask dan padam ikut logik bayang)
  3. 3.  Warna coklat tua ( sama cam atas)
  4. 4.  Warna coklat muda ( sama gak )



gaussian blur
   Bagi mata tu. Letak pada bahagian atas no 1. Warna kuning pada mata tu buat dua layer. Satu layer apply gaussian blur  dan ikut suka hati pada setting dia untuk dapatkan efek bercahaya.

ps:   2,3, dan 4 merupakan layer yang sama yang telah di ‘copy’ tiga dan apply hue/saturation dengan bermain dengan setting dia untuk dapatkan warna berbeza masing-masing. Boleh tanya lau x paham.. hehehe

Rabu, 2 Februari 2011

Tidak Tenang…

   Kiranya ada benda yang lebih teruk daripada binatang maka dia adalah seorang yang lebih teruk daripada benda yang lebih teruk daripada binatang itu… Segala kejahatannya bermula dengan penipuan terhadap keluarga isterinya keduanya ketika pertama kali berjumpa mereka.. Bersongkok, kuat senyum semuanya adalah temberang belaka. Seorang duda beranak dua, yang datangnya membawa kesengsaraan pada orang lain.. Kata orang seperti syaitan bertopengkan manusia, dia pula lebih kepada iblis bertopengkan syaitan dan merupakan salah seorang lelaki yang sangat, terlalu, lebih dan melampau teruk yang ada di muka bumi ini. Hidupnya dahulu dalam kurang upaya. Menipu manusia lain supaya bersimpati padanya. Mengatakan bahawa bekas isterinya yang dahulu adalah seorang wanita jahat dan lain-lain padahal perkara sebenar barangkali berpunca daripada dirinya sendiri.

   Setelah berjaya berkahwin dan memulakan kehidupan dengan isteri barunya, dia sedikit demi sedikit dan secara perlahan-lahan meminta-minta supaya isterinya membeli kereta. Sang isteri yang bodoh ini dan tak tahu apa-apa mengenai sifat syaitan yang ada pada suaminya menuruti kemahuannya sahaja. Sang isteri mempunyai kerja (kerajaan) yang mantap dengan gaji yang bolehlah dikategorikan sebagai melebihi daripada perlu. Kereta yang diingini pula bukan calang-calang kereta. Kereta yang bayaran bulanannya boleh mencecah empat angka. Lelaki ini dahulunya berjanji akan bersama-sama membayarnya. Namun, semuanya hanya halwa dibibir sahaja. Lelaki itu tidak dapat membayarnya kerana dibuang kerja akibat sifat malas yang melampau yang ada padanya. Hari demi hari, sang isteri pula semakin tertekan dek sifat suami yang malas tahap ‘piggy’ itu. Keluarga sang isteri tahu akannya dan mem’proposal’kan idea cerai.. Sang isteri yang sudah mempunyai dua anak bersama lelaki ini pula berkeras tidak mahu bercerai. Entah tidak tahu apa yang difikirkan olehnya.

   Anak-anak baru mereka ini, lelaki dan perempuan dan berumur 10 dan 5 tahun menjadi mangsa akibat sifat bapa mereka. Namun, adik bongsu ibu mereka yang sekarang berumur 21 tahun yang sebelum ini merupakan seorang yang manja, panas baran dan bersikap pentingkan diri sendiri mula berubah apabila kedua anak tersebut selalu bersamanya apabila sang isteri membawa mereka ke rumah atuk dan neneknya. Si pakcik berubah menjadi penyayang kepada anak-anak saudaranya terutamanya kepada si kecil yang berusia 5 tahun. Apa tidaknya, semenjak berusia 18 tahun lagi, si kecil ini dijaganya bagai menatang minyak yang penuh. Ketika sang isteri bekerja, dan neneknya melakukan kerja lain, si pacik memandikannya, membuat susu, bermain dan melayaninya sementara lelaki iblis itu pula tidur di rumahnya.. Si pacik mampu dan sanggup melakukan perkara sedemikian manakala bapa mereka sendiri seperti ‘piggy’ yang membabi buta. lelaki ini tidak bekerja, malah tidak mahu pula melakukan kerja-kerja rumah bagi membantu isteri. Sang isteri pula sudah mempunyai kereta atas dasar simpati adik iparnya yang merupakan pengetua di sekolah menengah tempatan (kereta atas nama adik iparnya). Namun, kereta ini pun menjadi mangsa sifat iblis lelaki itu. Apabila rosak, dia akan mengatakan kepada isterinya supaya dia akan membawa ke bengkel dan isterinya pula akan menghulurkan duit. Namun kerosakan itu merupakan perbuatannya. Dia sengaja membuka beberapa skru atau part kereta. Setelah mendapat duit, dia akan memasang kembali seolah-olah menunjukkan dia sudah menghantarnya ke bengkel. Manakala duit itu pula dibelanjakannya sesuka hati. 

Bersambung,,,,,

Tidak Tenang 2( bantuan si pacik yang disalahertikan dan dendamnya kepada si ‘piggy’)

Jumaat, 14 Januari 2011

Komik Suka-suka

Kenapa suka-suka? Sebab korang di beri peluang untuk letak dialog sendiri berdasarkan idea korang sendiri. Sila isi mengikut turutan nombor ok? Contoh:
1. blah blah
2. blah blah dan seterusnya.
Isi kat mana? Isi je dalam ruangan komen tu.. HUHUHU. Ataupun kat forum ni

Perasan tak gambar kawin dorang tu best? Hehehe

Rangka diikat

Mempamerkan, memaparkan, memperlihatkan lagi lukisan baru. Hehehe

Buat Pantulan Pada Gambar

   Kita biasanya buat efek pantulan pada gambar menggunakan beberapa software kan? Contohnya yang paling terkenal tu namanya Adobe Photoshop (korang dah cek ke maksud penuh software ni? pelik kan?). Bha, reflectionmaker.com ni cam lebih kurang software kat internet la yang dapat generate efek pantulan pada gambar korang. Pasal gambar pula, cam biasa ada dua pilihan iaitu sama ada korang nak upload dari komputer ataupun 'copy and paste' link gambar yang korang 'host' dalam internet. Pastu dia ada bagi can kat korang untuk tentukan sendiri peratus pantulan yang korang nak. Gambar yang korang guna pula mestilah bersaiz 200kb ke bawah je. Jadi sapa-sapa yang kurang mahir nak guna perisian edit gambar gunakanlah yang ini