Khamis, 13 Januari 2011

Seloka Pasal Aurat


Cantik Limah cantik lagi Kalsum
Pembuka bicara Assalamualaikum...

Pisang susu berbuah lebat,
Jatuh ke lantai  dialas kain,
Adakah itu menutup aurat,
Pakai tudung tapi nampak yang lain?

Bertudung standard dikatakan lemas,
Bertudung labuh pula dikatakan lemas,
Rambut disikat disangka kemas,
Dah buang tabiat lupa neraka lagi panas?

Surat khabar diikat-ikat,
Tidak diguna kerana dah lama,
Kenapa susah mahu menutup aurat,
Padahal dah jadi suruhan agama.

Ada perempuan ada lelaki,
Bertanggungjawab didik anak dan isteri,
Mereka jalan dedah aurat di sana-sini,
Ingat nanti di neraka lelaki pun kena tarik sekali.

Baju lama eksport ke China,
Daging unta dimasak kari,
Kita manusia semua tak sempurna,
Pandai-pandailah kita mengukur diri.

0 ulasan:

Catat Ulasan