Khamis, 6 Januari 2011

Si dungu yang berkawan dan bercinta




   Dia seorang lelaki yang tidak bekerja dan kaki perempuan. Kini kononnya telah mendapat cinta sejati yang diidamkannya. Walaupun begitu, sifat kaki perempuannya tidak terhakis, hilang, ditinggalkan walaupun sedikit, malah bertambah kakinya seperti kaki tipu dan kaki hutang. Tiba-tiba, 'gilfiend'nya yang konon baginya ialah sejati akhirnya ditunangkan dengan orang lain. lelaki itu pula berasa hampa akan tindakan ibu bapa gf nya itu (pelik bagaimana dia boleh hampa sedangkan dia kaki perempuan. [padan muka mu situ]).

   Lelaki ini mempunyai dua orang sahabat yang baik. Mereka sentiasa bersama-sama. Namun diri mereka akhirnya dikhianati oleh lelaki tadi kerana dia sering menipu kawan-kawannya untuk meminjamkan duit kepadanya. Dia mengatakan bahawa atas alasan urusan penting. Tetapi, sepandai-pandai ikan berenang, akhirnya lemas juga. Kesemua duit yang dipinjamkan digunakan untuk berlagak kaya di hadapan perempuan-perempuan yang dibodohkannya itu. Mereka meminta itu dan ini dan dibelikan tanpa mengetahui bahawa duit itu merupakan duit kawan-kawan lelaki itu yang setengah mati mereka kumpulkan walaupun hidup dalam keadaan sederhana( lelaki tu pun bodoh juga membelanjakan yang bukan keperluannya dan duitnya dikikis [ bagi wanita pisau cukurlah]). Tidak mahu membayar, lelaki itu memberikan pelbagai alasannya kepada kawan-kawanya. Sekali lagi, kawan-kawannya telah nekad untuk tidak rapat seperti dulu dan mengisytiharkan bahawa dia pembawa sial (pendapat seorang kawannya).


   Selepas beberapa waktu, lelaki ini membawa berita baik (baik untuk dia saja). GF sejatinya telah putus tunang dan mereka kembali bersama (kesian ceweknya kena bodoh2). Adakah sikap gatal, miang kaki perempuannya terpadam? Tidak, malah membara (buruk perangai dia ni). Duit yang dipinjamnya akhirnya kakak lelaki tadi yang membayarkan (kawannya belum cek buku akaunnya lagi [atas alasan tertentu]. Entah sudah bayar atau tidak). Kawan-kawannya sudah "fed up" dan tidak lagi menghubunginya lagi...

   Semoga si dungu itu dikurniakan petunjuk...

0 ulasan:

Catat Ulasan